Del Serum untuk masalah kulit Berminyak


Sementara menunggu air panas masak di dapur mood untuk menulis tetiba datang so here i am typing.. 


Adakalanya saya memang mengeluh dengan kulit berminyak yang berlebih di wajah. Rasanya kalau minyak di muka ni boleh di kikis dah boleh buat telur goreng babe..! Kadang dapat rasakan yang orang dok perati muka kita bukan sebab senyuman kita yang menawan tapi kilauan minyak di muka yang buat mereka tertarik dan pikir... 
 "haiii laa minah ni kalau sentuh pp dia ni melekat dah jari ni tak lepas2x melekit..!

haaah kan dah bagi aura negatif. Itulah yang dikatakan angkara minyak muka yang berlebihan buat kita hilang keyakinan. 


Jadi kali ni sis datang dengan mencuba solusi yang dapat menyelesaikan masalah bagi mereka yang mempunyai kulit yang berminyak iaitu dengan menggunakan Serum pada wajah.. Yes Serum.! Serum ni sejenis cecair yang pekat dengan kandungan yang banyak manfaatnya apa yang sis mahu tekankan disini keutamaan kegunaan serum adalah mampu mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah dengan memberikan lembapan yang secukupnya pada kulit wajah.  yaa lah kalau kulit wajah cukup lembapan kulit kita tidak akan mengeluarkan minyak yang berlebihan.


Bukan sekadar membantu masalah kulit berminyak malah serum ini membantu menangani masalah lain juga seperti ;-

1. Mengurangkan kedutan halus dan kerosakan di wajah.
2. Mengurangkan tanda penuaan.
3. Membantu menganjalkan kembali wajah yang kendur.
4. Memberi seri pada muka yang kusam dan tak bermaya.
5. Mengurangkan masalah jerawat dan bekas jerawat.
6. Wajah kelihatan lebih halus dan berseri.

fhewwww... berjela jela kebaikan yang ada pada serum ni.. Paling best bila pakai serum ni kulit kita akan terasa lebih segar  dan menampakkan kulit wajah lebih glowing. 


Bersama saya di sebelah nak kata bukan model tapi macam model kan.. cantik dan glowing gitu.. beliau Puan Sarzielawati Samad Pengasas Produk Sis Delia juga Pengurus Del Billionare Sdn.Bhd. yang berasal dari Sabah Negeri Dibawah Bayu dengan azam dan tekad yang kuat mencari rezeki yang halal beliau berjaya mengeluarkan produk yang dipercayai keberkesanannya oleh penguna-penguna luar sana. 


Majlis Pelancaran Produk Del Billionare Sdn. Bhd. telah dibuat di Hotel Ming Garden dengan Produk mereka Sis Perapat dan Sis Delia. Puan Sarzielawati ditemani suami, keluarga dan rakan rakan seperjuangan di majlis menampakkan lagi keyakinan mereka pada produk yang dikeluarkan mampu menawan hati penguna hmm lepas ni boleh keluarkan #sistawan pula la ya.. hehhe..  


Alang-alang dah tersebut #Sisperapat  inilah dia produk yang dilancarkan Sis perapat dan Sis Delia.


Del Billionare Sdn. Bhd.
Like and Follow page FB dan Insta 
IG : sisdelia2  = Sis delia gold
IG : sisperapat  = Sis Perapat 
Fb = Sis Perapat

Sis Delia Gold Serum 
RM 90 Semenanjung 
RM 100 Sabah Serawak

Dapat kan pada Stokis dan Dropshiper yang berdaftar ya.. 
Del Serum untuk masalah kulit Berminyak Del Serum untuk masalah kulit Berminyak Reviewed by I am Tini on Friday, February 09, 2018 Rating: 5

17 comments:

Kak Mahh said...

Untuk kulit berminyak dan kombinasi agak sukar nak dapatkan produk yang nurah. So kena spend duit lebih sikit untuk wajah.

Halimah Muhiden said...

Wah...semakin glowinglah nampaknyakan?Tentu best dapat mencuba produk ni..harap bertambah ayu dan cantik

alia farhan Said said...

Wah...banyak gold2 serum kan sekarang ni...tapi mmg best pun pkai serum2 yg ada gold ni

amirnawawi said...

Macam menarik je produk ni. lagi rapat la kau tini selepas nini..huhuhu

cc kak fas said...

Satu alternatif terbaik utk sape yg sedang mencari produk utk muka berminyak

emi said...

Amboii, nak kikis minyak dimuka, hahahha kelakar lah. Tak payah nak kikis sangat la kan, banyak je produk kat luar sana yg blh mengatasi mslh kulit berminyak. Ni salah satunya del serum.

Haneeza Mohamad said...

wah.. best pula berserum2 ni.. tapi nak tahulah.. berapa kandungan ml ya? dan sebotol tu utk berapa lama pengunaan?

Khir Khalid said...

Bagus ada produk mcm ni utk mereka yg menghadapi masalah kulit muka berminyak. Selain tu bagus juga utk khasiat kulit muka yg sihat dan awet muda.. menarik :)

Zayani Zulkiffli said...

Macam-macam eh produk zaman sekarang. Baguslah untuk pengguna sebab boleh pilih antara yang terbaik. Berapa harga benda ni?

Amanda Suria said...

Wah menarik ni..macam2 product keluaran Del ha..ada perapat dan serum...best betul..luaran dalaman memang hatus di jaga sebaiknya kan..

nurul atikah said...

muka saya jenis oily.. nanti nak try laaa..

Syafiera Yamin said...

wow, del serum, first time dengar jenama ni. I punya kulit combination, mungkin nak try la serum ni nampak macam so promising ! ;) thanks for sharing

iffah hussin said...

produk ni baru pertama kali Bonde nampak, serum untuk masalah kulit berminyak, nanti boleh syor dekat kawan... yang ada masalah yg sama

Bella Jamal said...

Sekarang memang trend pakai serum. Macam2 lambakan produk di pasaran. Teringin nak cari produk serum.yg bagus. Bolehla cuba Del serum ni

AyuArjuna BiGoshh said...

perapat ni bagus untuk pompuan yang kahwin dan yang beranak pinak pun bagus. nak carikla untuk diri sendiri satu huhu

Neyra Shazeyra said...

patutla sistur cantik

Nisa Kay said...

woww makin cantik la tiniii... makin cantik dan makin happy yeee..

Powered by Blogger.